MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Wednesday 10 February 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil.1/2016

Pada tarikh 4 Februari 2016 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan dan aktiviti perpustakaan untuk tahun 2016. Mesyuarat telah dihadiri oleh penyelaras-penyelaras setiap kursus. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Aneesha Hamid mewakili Pihak Pengarah. Dalam mesyuarat itu juga talah diadakan sesi perkongsian penggunaan perkhidmatan digital antaranya penggunaan webOpac, PNM Digital, Surat Khabar Digital dan juga borang penilaian digital.