MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Tuesday 19 September 2017

"Bedah Karya" Tema Sejarah & Nasionalisme





Bersempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2017, program "Bedah Karya" telah dianjurkan pada tanggal 15 september 2017. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Sr. Hj. Muhamad Farid b. Hj. Saad. Seramai 5 orang pensyarah dan pelajar telah menyampaikan ulasan melalui pembacaan karya sejarah. YB. Datuk juga turut sama mendeklamasikan sajak. Program sebegini dapat memberikan impak kepada generasi muda untuk memahami betapa pentingnya menghargai kemerdekaan.

Monday 10 July 2017

PAMERAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DAN SESI MEMPROMOSI INOVASI QR2 BOOK DROP



Perpustakaan IPGKPP telah mengambil bahagian dalam Pameran Pendidikan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 25-26 Mei 2017 yang lalu. Pihak perpustakaan berjaya mempromosikan hasil inovasi 'QR2 Book Drop' yang mana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak pengurusan sekolah-sekolah sekitar Negeri Pulau Pinang.

Tuesday 2 May 2017

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017



Program jom baca bersama untuk 10 minit 2017 telah berlangsung serentak seluruh negara pada 25 April 2017 yang lalu. Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan mempromosikan program ini kepada seluruh warga kampus. 

Wednesday 19 April 2017

Lawatan Rasmi Kolej Matrikulasi Perak ke Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB)





Pada 17 April 2017, seramai 20 orang Pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak telah hadir untuk melawat Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir di Perpustakaan, IPG Kampus Pulau Pinang. 

Tuesday 18 April 2017

Read & Share 2017 "Reading For a Great Life"

Program Read & Share 2017 "Reading For a Great Life" telah diadakan pada 14 April 2017 yang lalu. Program ini menghimpunkan pendidik-pendidik seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi bahan bacaan. Pada tahun ini, program ini mendapat kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti KPDNKK dan SEAMEO RECSAM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Shaari bin Osman, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.





Monday 3 April 2017

Hari Terbuka Perpustakaan 2017




Hari Terbuka Perpustakaan 2017 telah dilangsungkan pada 30 Mac yang lalu. Pelbagai program telah dijalankan seperti book match, info hunt, pameran dan tayangan filem. Program ini turut diserikan dengan tetamu cilik dari Prasekolah Mesra Idaman. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna perpustakaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. selain itu, turut mempromosi aktiviti perpustakaan kepada semua yang hadir.