MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Wednesday 8 October 2014

Laporan Bulan Kemerdekaan Ogos & September 2014 Peringkat IPG Kampus Pulau Pinang

Sepanjang bulan Ogos & September 2014, Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang telah menjalankan aktiviti dan program bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2014. Antara aktiviti dan program yang dianjurkan ialah "Tayangan Filem Patriotik", "Pameran Kemerdekaan", "Bendera Terpanjang di IPG Kampus Pulau Pinang" dan "Nota Cinta Buat Malaysia". Kerjasama dari kakitangan dan pelajar adalah sangat baik bagi menjayakan setiap program. Semangat patriotik masih menebal dan akan terus disuburkan dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang.