MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Monday 7 May 2018

"Read & Share" Reading Is The Key To Wisdom 2018


Program Read & Share 2018 “Reading is The Key to Wisdom” telah dijalankan pada 20 April 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama, blok akademik baharu Institut pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.  Program ini adalah kali ke-3 dianjurkan oleh Perpustakaan Insitut pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan Negeri Pulau Pinang (KPDNKK). Program ini telah melibatkan  200 penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Program ini juga telah menarik minat pelajar antarabangsa terdiri daripada 9 negara iaitu Jepun, Pakistan, Sri Lanka, Oman, Arab Saudi dan Iraq,  dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Sambutan dari Institut Pendidikan Guru Zon Utara, Kolej Jururawat dan Guru Sekolah juga sangat menggalakkan. Seramai 1000 orang hadir untuk memberi sokongan dan melihat peserta-peserta dari dalam dan luar negara membuat ulasan bahan bacaan yang diminati dan dikongsi bersama peserta dan penonton lain melalui sesi pembentangan.
Tujuan program ini diadakan untuk memupuk budaya membaca dan meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu dalam kalangan pendidik dan pelajar antarabangsa serta menerbitkan buku kompilasi hasil bicara buku dan artikel yang dibincangkan.