MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Wednesday 19 April 2017

Lawatan Rasmi Kolej Matrikulasi Perak ke Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB)





Pada 17 April 2017, seramai 20 orang Pensyarah dari Kolej Matrikulasi Perak telah hadir untuk melawat Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir di Perpustakaan, IPG Kampus Pulau Pinang. 

Tuesday 18 April 2017

Read & Share 2017 "Reading For a Great Life"

Program Read & Share 2017 "Reading For a Great Life" telah diadakan pada 14 April 2017 yang lalu. Program ini menghimpunkan pendidik-pendidik seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi bahan bacaan. Pada tahun ini, program ini mendapat kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti KPDNKK dan SEAMEO RECSAM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Shaari bin Osman, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.





Monday 3 April 2017

Hari Terbuka Perpustakaan 2017




Hari Terbuka Perpustakaan 2017 telah dilangsungkan pada 30 Mac yang lalu. Pelbagai program telah dijalankan seperti book match, info hunt, pameran dan tayangan filem. Program ini turut diserikan dengan tetamu cilik dari Prasekolah Mesra Idaman. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna perpustakaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. selain itu, turut mempromosi aktiviti perpustakaan kepada semua yang hadir.