MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Wednesday 10 February 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil.1/2016

Pada tarikh 4 Februari 2016 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan dan aktiviti perpustakaan untuk tahun 2016. Mesyuarat telah dihadiri oleh penyelaras-penyelaras setiap kursus. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Aneesha Hamid mewakili Pihak Pengarah. Dalam mesyuarat itu juga talah diadakan sesi perkongsian penggunaan perkhidmatan digital antaranya penggunaan webOpac, PNM Digital, Surat Khabar Digital dan juga borang penilaian digital. 




KBAT: Lawatan IPG Kampus Darul Aman

Pada tarikh 3 Februari 2016 yang lalu, Perpustakaan menerima kunjungan pelawat iaitu pensyarah-pensyarah dari IPG Kampus Darul Aman. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat kiosk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). IPG Kampus Pulau Pinang merupakan pusat kecemerlangan KBAT IPG Zon Utara. Perpustakaan memainkan peranan sebagai penyedia kiosk untuk mempamerkan hasil kerja dan aktiviti berkaitan KBAT. Setiap Jabatan dan Unit akan mengambil giliran pada setiap bulan untuk mempamerkan kegiatan berkaitan KBAT. 



Lawatan Kajian S.M.K St. George

Pada tarikh 21 Januari 2016 yang lalu, Perpustakaan menerima kunjungan dari pelajar-pelajar tingkatan 6 S.M.K St George Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk aktiviti kajian. Dalam lawatan tersebut, pihak perpustakaan turut mengadakan sesi perkongsian antaranya penggunaan perpustakaan digital. Dr. Balasubramaniam dari Jabatan Penyelidikan & Inovasi serta Encik Barchan Singh dari Unit Kokurikulum juga sempat berkongsi sedikit ilmu bersama pelajar-pelajar tersebut.