MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Friday 1 November 2013

Kelab Rakan Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang


1. Terbuka kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Pulau Pinang
2. Kelebihan sekiranya anda menjadi ahli kelab:

*Ahli kelab diberi pendedahan mengenai sistem pengurusan perpustakaan akademik.
*Ahli kelab diberi latihan asas pengurusan perpustakaan akademik. 
*Ahli kelab dapat mengikuti program-program lawatan yang dianjurkan sepanjang tahun.
*Ahli kelab diberi kelebihan jumlah maksimum pinjaman buku (10 buah) dan tempoh pinjaman yang lebih   lama (3 minggu).
*Ahli kelab dapat merancang aktiviti Pusat Sumber.
*Lencana akan dibekalkan kepada ahli kelab beserta sijil penghargaan.


3. Sekiranya berminat, anda dikehendaki mengisi borang ini dan serahkan kepada pihak Pusat Sumber.
4. Borang boleh diambil di kaunter pusat sumber.

Monday 21 October 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Program Pusat Sumber 2013

Pada 11 Oktober 2013 yang lalu, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Pusat Sumber IPG KPP. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang program yang telah diadakan sepanjang tahun 2013. Antara program pertandingan yang telah dianjurkan seperti InfoHunt dan Teka Minda. Selain itu, anugerah khas juga telah diberikan kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang aktif menggunakan perkhidmatan bagi kategori pensyarah dan pelajar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah.












Thursday 10 October 2013

Karnival Akademik 2013

Pada tanggal 4 Oktober 2013, Unit Pusat sumber telah menyertai Karnival Akademik, Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang. Karnival berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan persidangan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber ialah pameran buku baharu, pertandingan teka minda dan grafiti. Sambutan sangat meriah dan ini adalah julung kalinya Unit Pusat Sumber menyertai program-program akademik.




Wednesday 9 October 2013

LAWATAN PEGAWAI NAZIRAN DI PUSAT SUMBER IPGKPP


Pada tarikh 26/06/2013 Pegawai Naziran iaitu Pn Faridah Binti Zainal Abbidin dari ipgm induk telah datang melawat ke Pusat Sumber IPGKPP. 

Main Images: pn_faridah.jpg
Ketua Unit Pusat Sumber Puan Aneesha Binti Hamid bersama dengan Pegawai Naziran Puan Faridah Binti Zainal Abbidin.

Main Images: pn_faridah_1.jpg 
Puan Faridah menandatangani buku lawatan ke Pusat Sumber IPGKPP

Main Images: pn_faridah_2.jpg
melihat keadaan dan persekitaran dalam Pusat Sumber

Main Images: pn_faridah3.jpg
Perjumpaan dengan En. Naziruddin Bin Mashood iaitu Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGKP