MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Thursday 24 April 2014

Jom baca bersama : 10 minit



Mengambil inspirasi dari konsep "Earth Hour", pada 22 April 2014 yang lepas tepat jam 10.00 pagi warga IPG KPP bersama seluruh rakyat Malaysia secara serentak telah menyertai program "Jom baca bersama : 10 minit". Pusat Sumber IPG KPP telah berkerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk mengadakan lintas langsung sepanjang program berjalan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah di perpustakaan dan Dewan Persidangan. Lokasi lain adalah di Dewan Kuliah A, pejabat pentadbiran dan juga pejabat Jabatan dan Unit. Pihak Pusat Sumber ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua warga IPG KPP dan Perbadanan Perpustakaan awam Pulau Pinang yang telah menjayakan program ini.











Tuesday 22 April 2014

Library Tour 2014 - S.K Bukit Gelugor

Pada 17 April 2014, seramai 40 orang murid dan 2 orang guru dari S.K Bukit Gelugor telah menyertai "Library Tour 2014" yang dianjurkan oleh pihak Pusat Sumber, IPG KPP. Program ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti teka minda, mewarna dan juga bacathon. program ini adalah merupakan aktiviti komuniti untuk masyarakat setempat khususnya murid-murid sekolah di sekitar IPG KPP.





Monday 21 April 2014

Tuesday 8 April 2014

Pertandingan Menulis Cerpen 2014


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Pulau Pinang. Peserta dibenarkan untuk menghantar 2 karya Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun hanya satu karya sahaja yang boleh dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Peserta diberikan masa lebih dari sebulan untuk menulis dan menghantar karya tersebut untuk dipilih oleh juri. Format penulisan serta syarat penyertaan akan diedarkan secara manual kepada pelajar guru yang berminat. Semua karya yang dihantar akan dibukukan sebagai koleksi bacaan. 

Wednesday 2 April 2014

Hopeless Romantik hasil karya Shamien A. Basit



"Tiada pilihan untuk jatuh cinta, Tiada alasan untuk bahagia".

Biodata Penulis: Lebih dikenali sebagai Shamien. Minat menulis datang ketika beliau di Tingkatan Empat lagi. Mula-mula menulis dahulu sampai sekarang, bidang penulisan ini menjadi satu minat yang sudah sebati dengan dirinya dan juga as a form of escapism, selain sebagai aktiviti suka-suka. Penulisan beliau kebanyakkannya berunsur ringan, humor, dan juga kasual. Beliau juga sukakan happy ending. jadi, apa yang ditulis juga kebanyakkannya ada unsur 'happy ever after'. Buat masa sekarang, beliau sedang menuntut dalam bidang perguruan - TESL di IPG Kampus Pulau Pinang. Idea menulis kebanyakkannya datang secara spontan dan tanpa diduga.

Karya beliau yang lain boleh dibaca di blog beliau: http://shamienslair.blogspot.com

Tuesday 1 April 2014

Pelancaran Kelab Rakan Perpustakaan


Majlis pelancaran Kelab rakan perpustakaan akan diadakan pada 4 April 2014 bersamaan hari jumaat semasa perhimpunan mingguan. Pelancaran akan diadakan di Gelanggara, IPG KPP. Majlis akan bermula pada jan 8.00 pagi. Antara aktiviti-aktiviti ialah gimik pelancaran, pembentangan ulasan buku, penyampaian hadiah dan 'mobile library". Kelab ini mempunyai seramai 60 orang ahli dan sangat aktif menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada usaha pusat sumber IPG KPP dalam membudayakan budaya membaca.