MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Thursday 27 August 2015

Sambutan Bulan Kebangsaan 2015

Sempena sambutan bulan kebangsaan, unit perpustakaan telah mengatur pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana sambutan. Antaranya, pertandingan menulis puisi sejarah dan kemerdekaan, pameran sejarah, foto instaMerdeka dan tayangan filem patriotik. Warga IPGKPP adalah dijemput untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Satu kelainan untuk tahun ini, unit perpustakaan menyediakan kain pemidang sebagai latarbelakang untuk aktiviti foto InstaMerdeka. Warga IPGKPP dijemput untuk mengambil gambar "selfie" atau berkumpulan dan muat naik gambar tersebut berserta "caption" yang bertemakan kemerdekaan dan kebangsaan dengan #ipgkppsehatisejiwa.




Friday 8 May 2015

Read & Share 2015



Read & Share 2015: Book Review Sharing amongst SouthEast Asian Educators telah diadakan pada 30 April 2015 yang lalu. Program perkongsian ulasan buku ini mengumpul para pendidik yang mewakili negara-negara seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi bahan bacaan. Program ini bermatlamat untuk memupuk budaya perkongsian ilmu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed, dekan PPIP, USM. Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian mewakili negara-negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Brunei, Thailand, Cambodia, Vietnam dan Malaysia.








Saturday 28 March 2015

Bengkel PPPM 2013-2025 Anjuran Perpustakaan

Pada 27 Mac, telah berlangsung bengkel PPPM 2013-2025 anjuran Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang bagi siri yang pertama. Bengkel siri yang pertama ini telah dihadiri oleh 3 kelas semasa sesi mentoring. Bengkel ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif Perpustakaan untuk menguji kefahaman bakal-bakal guru dalam pelaksanaan PPPM. Peserta diuji melalui aktiviti berkumpulan dan juga secara individu. Peserta diberi tugasan secara berkumpulan dan membuat pembentangan manakala setiap peserta secara individu perlu menjawab pasca ujian. Bengkel ini juga diselitkan dengan taklimat dan demonstrasi ringkas penggunaan perpustakaan digital Perpustakaan Negara Malaysia. Bengkel ini yang mengambil masa selama satu jam ini akan diteruskan untuk sesi yang akan datang.





Monday 9 March 2015

Bengkel Kepenggunaan 2015

Pada 7 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Bengkel Kepenggunaan anjuran Gerakan Pengguna Siswa IPG kampus Pulau Pinang di Perpustakaan. Bengkel ini anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang. Dua orang penceramah dari KPDNKK Negeri Pulau Pinang mengisi slot ceramah mengenai hak-hak pengguna dan akta pencatuan. Seramai 45 peserta telah menghadiri bengkel ini. Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak KPDNKK dan GPS.





Friday 27 February 2015

Hari Terbuka Perpustakaan 2015

Pada 13 Februari yang lalu telah diadakan Hari Terbuka Perpustakaan 2015. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah pameran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pertandingan info hunt, teka minda, tayangan filem dan program bacathon. Aktiviti dan program yang dijalankan mendapat sambutan yang baik.








Thursday 15 January 2015

Bahan Terbitan Perpustakaan IPGKPP

Perpustakaan IPGKPP telah menerbitkan 3 bahan bagi tahun 2014. Pertama, Buku Panduan Perpustakaan 2015 diterbitkan untuk membantu pengguna mendapatkan panduan penggunaan perkhidmatan perpustakaan. Keduanya, Laporan Perpustakaan 2014 yang mengandungi semua catatan dan laporan program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014. Ketiga, Kompilasi Ulasan Buku Antara Pendidik Negara Asia Tenggara yang diterbitkan sebagai koleksi sempena Program Perkongsian Ulasan Buku Antara Pendidik-Pendidik Negara Asia Tenggara yang telah diadakan pada bulan Mei, 2014 yang lalu. Pihak Perpustakaan sentiasa berharap untuk meneruskan aktiviti penerbitan bahan seperti ini. Bahan-bahan ini juga telah diterbitkan dalam bentuk digital (rujuk ruangan blog sebelah kanan penjuru atas).