MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Thursday 24 April 2014

Jom baca bersama : 10 minit



Mengambil inspirasi dari konsep "Earth Hour", pada 22 April 2014 yang lepas tepat jam 10.00 pagi warga IPG KPP bersama seluruh rakyat Malaysia secara serentak telah menyertai program "Jom baca bersama : 10 minit". Pusat Sumber IPG KPP telah berkerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk mengadakan lintas langsung sepanjang program berjalan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah di perpustakaan dan Dewan Persidangan. Lokasi lain adalah di Dewan Kuliah A, pejabat pentadbiran dan juga pejabat Jabatan dan Unit. Pihak Pusat Sumber ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua warga IPG KPP dan Perbadanan Perpustakaan awam Pulau Pinang yang telah menjayakan program ini.