MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Thursday 25 April 2024

 23 April 2024, Selasa – Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi dan bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama bagi warga IPGM Kampus Pulau Pinang. Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di Ruang Bacaan sekitar Perpustakaan IPGM KPP dan di unit/bahagian masing-masing bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi yang bertemakan “Pembacaan Melestarikan Perpaduan”.



 

IPGM KAMPUS PULAU PINANG 22-24 APRIL 2024 - Lawatan Penilaian oleh Pemeriksa Luar (EE) oleh Prof. Madya Dr. Khairi bin Ariffin ke Perpustakaan IPGM Kampus Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dokumen berkaitan PDPP Sejarah bagi tahun 2024.




Tuesday 21 November 2023

Ucapan Selamat Datang....

     Tahniah dan Selamat datang diucapkan kepada Nur Azura binti Che Noor, Pustakawan (S44) dan Nur'Alia Maria binti Abdullah  Pembantu Pustakawan (S19) ke Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang. Pihak IPGKPP mengalu-alukan kehadiran kedua-dua Pegawai menjadi warga IPGKPP. 

    Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta bersama-sama melakar kecemerlangan di persada dunia pendidikan dalam menyampaikan perkhidmatan perpustakaan dan memenuhi keperluan maklumat dalam kalangan warga kampus.

Nur Azura binti Che Noor

Nur'Alia Maria binti Abdullah