MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Wednesday, 8 October 2014

Laporan Bulan Kemerdekaan Ogos & September 2014 Peringkat IPG Kampus Pulau Pinang

Sepanjang bulan Ogos & September 2014, Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang telah menjalankan aktiviti dan program bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2014. Antara aktiviti dan program yang dianjurkan ialah "Tayangan Filem Patriotik", "Pameran Kemerdekaan", "Bendera Terpanjang di IPG Kampus Pulau Pinang" dan "Nota Cinta Buat Malaysia". Kerjasama dari kakitangan dan pelajar adalah sangat baik bagi menjayakan setiap program. Semangat patriotik masih menebal dan akan terus disuburkan dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang.






Tuesday, 27 May 2014

Book Review Sharing Session Among South East Asia Educators


Pada 26 Mei 2014 telah berlangsung program "Book Review Sharing Session Among South East Asia Educators". Program ini telah mengumpulkan pendidik-pendidik sekitar negara Asia Tenggara untuk berkongsi ulasan buku. Tuan Pengarah telah menyempurnakan perasmian program ini. Program ini telah disertai oleh 56 orang pembentang dari pelbagai latar belakang dalam bidang pendidikan yang mewakili SEAMEO RECSAM dan IPG KPP. Pihak Pusat Sumber mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga IPG KPP yang telah membantu menjayakan program ini.

Tuesday, 20 May 2014

BOOK REVIEW SHARING SESSION AMONG SOUTH EAST ASIA (SEA) EDUCATORS


Buat pertama kalinya Pusat Sumber IPG KPP menganjurkan program "Book Review Sharing Session" peringkat antarabangsa. Program ini disertai oleh pendidik sekitar negara asia tenggara dengan kerjasama Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM).


Thursday, 24 April 2014

Jom baca bersama : 10 minit



Mengambil inspirasi dari konsep "Earth Hour", pada 22 April 2014 yang lepas tepat jam 10.00 pagi warga IPG KPP bersama seluruh rakyat Malaysia secara serentak telah menyertai program "Jom baca bersama : 10 minit". Pusat Sumber IPG KPP telah berkerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk mengadakan lintas langsung sepanjang program berjalan. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah di perpustakaan dan Dewan Persidangan. Lokasi lain adalah di Dewan Kuliah A, pejabat pentadbiran dan juga pejabat Jabatan dan Unit. Pihak Pusat Sumber ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua warga IPG KPP dan Perbadanan Perpustakaan awam Pulau Pinang yang telah menjayakan program ini.











Tuesday, 22 April 2014

Library Tour 2014 - S.K Bukit Gelugor

Pada 17 April 2014, seramai 40 orang murid dan 2 orang guru dari S.K Bukit Gelugor telah menyertai "Library Tour 2014" yang dianjurkan oleh pihak Pusat Sumber, IPG KPP. Program ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti teka minda, mewarna dan juga bacathon. program ini adalah merupakan aktiviti komuniti untuk masyarakat setempat khususnya murid-murid sekolah di sekitar IPG KPP.





Monday, 21 April 2014

Tuesday, 8 April 2014

Pertandingan Menulis Cerpen 2014


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Pulau Pinang. Peserta dibenarkan untuk menghantar 2 karya Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun hanya satu karya sahaja yang boleh dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Peserta diberikan masa lebih dari sebulan untuk menulis dan menghantar karya tersebut untuk dipilih oleh juri. Format penulisan serta syarat penyertaan akan diedarkan secara manual kepada pelajar guru yang berminat. Semua karya yang dihantar akan dibukukan sebagai koleksi bacaan. 

Wednesday, 2 April 2014

Hopeless Romantik hasil karya Shamien A. Basit



"Tiada pilihan untuk jatuh cinta, Tiada alasan untuk bahagia".

Biodata Penulis: Lebih dikenali sebagai Shamien. Minat menulis datang ketika beliau di Tingkatan Empat lagi. Mula-mula menulis dahulu sampai sekarang, bidang penulisan ini menjadi satu minat yang sudah sebati dengan dirinya dan juga as a form of escapism, selain sebagai aktiviti suka-suka. Penulisan beliau kebanyakkannya berunsur ringan, humor, dan juga kasual. Beliau juga sukakan happy ending. jadi, apa yang ditulis juga kebanyakkannya ada unsur 'happy ever after'. Buat masa sekarang, beliau sedang menuntut dalam bidang perguruan - TESL di IPG Kampus Pulau Pinang. Idea menulis kebanyakkannya datang secara spontan dan tanpa diduga.

Karya beliau yang lain boleh dibaca di blog beliau: http://shamienslair.blogspot.com

Tuesday, 1 April 2014

Pelancaran Kelab Rakan Perpustakaan


Majlis pelancaran Kelab rakan perpustakaan akan diadakan pada 4 April 2014 bersamaan hari jumaat semasa perhimpunan mingguan. Pelancaran akan diadakan di Gelanggara, IPG KPP. Majlis akan bermula pada jan 8.00 pagi. Antara aktiviti-aktiviti ialah gimik pelancaran, pembentangan ulasan buku, penyampaian hadiah dan 'mobile library". Kelab ini mempunyai seramai 60 orang ahli dan sangat aktif menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada usaha pusat sumber IPG KPP dalam membudayakan budaya membaca.

Thursday, 13 March 2014

Pertandingan Menulis Ulasan Buku 2014

Bagi menggalakkan budaya membaca, Pusat Sumber akan menganjurkan Pertandingan Menulis Ulasan Buku terbuka pada semua Pensyarah dan Kakitangan Pengurusan dan Profesional. Selain dari memenuhi aktiviti kempen galakan membaca, pertandingan ini juga membantu pensyarah-pensyarah dan kakitangan P&P untuk memenuhi tuntutan kehadiran kursus tahunan. Setiap 1 ulasan perlu di bentang untuk diambil kira sebagai memenuhi satu hari kehadiran kursus. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pustakawan di talian 04-6603166 / 04-6603179. Harap Maklum

Friday, 28 February 2014

Kunjungan hormat Y.B. Timbalan Menteri Pendidikan II

Pada tanggal 13 Februari 2014, Y.B. Tuan P. Kamalanathan iaitu timbalan Menteri Pendidikan II telah membuat kunjungan hormat di IPG Kampus Pulau Pinang. Pusat Sumber telah menjadi salah satu unit yang dipilih untuk dilawati oleh beliau. Pihak Pusat Sumber amat berbesar hati menerima kunjungan hormat tersebut. Pada hari tersebut juga merupakan hari terbuka Pusat sumber yang mana pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah disediakan dan berjalan dengan jayanya.





Pusat Sumber mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B. Timbalan Menteri Pendidikan II atas kunjungan hormat tersebut dan kepada semua yang menjayakan Hari terbuka Pusat sumber 2014.

Thursday, 9 January 2014

Aktiviti Lawatan Penandaarasan 2013

Pada 6-8 Disember yang lalu, telah diadakan lawatan penandaaras bagi menutup aktiviti sepanjang tahun 2013. Antara tempat yang dilawati:
1. Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI
2. Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Shah Alam
3. Perpustakaan Awam Bukit Damansara

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan perpustakaan mengenai aktiviti pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan terkini. Lawatan ini juga memberikan peluang kepada kakitangan untuk menyerlahkan potensi mereka untuk menyumbangkan idea kepada pihak pengurusan perpustakaan dalam membangunkan perkhidmatan.


Gambar 1: Puan Aneesha menyampaikan cenderahati kepada wakil Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI


Gambar 2: Sekitar lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI


Gambar 3: Bergambar di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI


Gambar 4: Bergambar menaiki buggy di hadapan Perpustakaan Raja Tun Uda, 
Shah Alam


Gambar 5: Sekitar lawatan di Perpustakaan Raja Tun Uda, 
Shah Alam

Gambar 6: Penerangan dari wakil Perpustakaan Raja Tun Uda, 
Shah Alam


Gambar 7: Bergambar di bahagian bacaan kanak-kanak
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Gambar 8: Puan Aneesha menyampaikan cenderahati kepada wakil 
Perpustakaan Awam Bukit Damansara.