23 April 2024, Selasa – Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi dan bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama bagi warga IPGM Kampus Pulau Pinang. Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di Ruang Bacaan sekitar Perpustakaan IPGM KPP dan di unit/bahagian masing-masing bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi yang bertemakan “Pembacaan Melestarikan Perpaduan”.