MAKLUMAN

Harap maaf penggunaan webOPAC tergendala buat masa sekarang ....Perkhidmatan konsultasi bahan rujukan diberi kepada pengguna yang memerlukan bantuan di kaunter sirkulasi.....Pangkalan data E-lib ipgm....U-Pustaka kini boleh diakses seperti biasa.....Pengguna boleh menggunakan "QR3 Book Drop" untuk pembaharuan & pemulangan buku.

Tuesday, 26 November 2024

STATISTIK 2024

 STATISTIK KEHADIRAN JANUARI - OKTOBER 2024

Statistik ini bertujuan untuk mengenal pasti kategori pengguna yang aktif datang ke perpustakaan serta mengenal pasti warga fakulti IPGM KPP  yang aktif di dalam aktiviti peminjaman bahan perpustakaan. Mengenal pasti corak dan bentuk kedatangan pengguna dan peminjaman bahan perpustakaan dalam tempoh 10 bulan (Januari - Oktober)


IMPLIKASI HASIL DAPATAN

Memastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti tinggi terutamanya di dalam penyediaan sumber maklumat, persekitaran dan kemudahan bagi menarik minat pengguna datang ke perpustakaan dan menikmati kemudahan yang disediakan.  

Menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang baru sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran 

Mempertingkatkan promosi perkhidmatan perpustakaan dan program-program kesedaran pengguna kepada warga IPGM KPP  yang tidak aktif datang menggunakan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan 






Thursday, 25 July 2024

LITERASI MAKLUMAT SIRI IV

Rabu, 24 JULAI 2024. Program Literasi Maklumat Siri iv bersama 24 orang Siswa Guru IPGMKPP (PM) telah diadakan di Blok Anggerik IPGMKPP. Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa-apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif.



Tuesday, 23 July 2024

LITERASI MAKLUMAT SIRI III

 16 JULAI 2024 (Selasa) 10.30 pg. Satu sesi perkongsian maklumat bertajuk "Kemahiran Pencarian dan Pengurusan Maklumat" bersama Jabatan Pengajian Melayu telah diadakan di Dewan Persidangan IPGM KPP. Seramai 86 orang Siswa Guru IPGM KPP telah mengikuti sesi perkongsian yang diadakan.